Aktiviti Terkini

Perbincangan Kolaborasi PMKL-Digital Durian

  

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, PMKL diwakili oleh 4 orang pensyarah telah membuat lawatan ke Digital Durian, merupakan sebuah animasi popular terkini iaitu Didi & Friends pada 9 Mei 2017 yang lalu.

Lawatan berkenaan adalah bertujuan mengadakan perbincangan kolaborasi bersama bagi meningkatkan mutu penyampaian dalam pengajaran dan pembelajaran di PMKL dan seterusnya meningkatkan peluang

pekerjaan lepasan pelajar PMKL di masa akan datang.